Apple bakal meningkatkan pengeluaran untuk siri iPhone 17 untuk tahun ini, khususnya bagi model Pro dan Pro Max.
Menurut penganalisis Morgan Stanley, Apple akan meningkatkan pengeluaran siri iPhone 17 sekitar 90 lebih juta unit untuk tahun 2025. Angka tersebut berbeza dari rancangan asal Apple yang menyasarkan pengeluaran sekitar 84 hingga 86 juta pada tahun ini.

Model Pro dan Pro Max dikatakan menerima peningkatan permintaan yang jauh lebih tinggi, menyebabkan Apple terpaksa meningkatkan pengeluarannya. Namun, berbeza dengan model baru iaitu iPhone Air menerima permintaan yang lebih rendah dari jangkaan.

Trend naik taraf iPhone lama kepada model baru dikatakan sebagai penyebab kepada peningkatan permintaan. Di Malaysia, siri iPhone 17 dijual pada harga bermula RM3999 dan mencecah sehingga RM9999.