Siri Samsung Galaxy S26 tidak akan tiba seperti kebiasaan iaitu pada Januari 2026 sebaliknya mungkin akan diperkenalkan sekitar Mac tahun depan.
Menurut maklumat, siri Galaxy S26 menghadapi masalah pengeluaran besar-besar disebabkan oleh pembatalan model Galaxy S26 Edge. Samsung yang sepatutnya memulakan pengeluaran siri Galaxy S26 pada Disember 2025, namun tidak berjalan seperti yang dirancang.

Hanya model Galaxy S26 Ultra sahaja yang akan mula dihasilkan pada Disember ini, sementara dua lagi model iaitu Galaxy S26 dan Galaxy S26+ akan menyusul sekitar Januari 2026. Pembatalan model Galaxy S26 Edge menyebabkan Samsung perlu menukar fokus kepada pembangunan semula Galaxy S26+ mengambil masa tambahan satu hingga dua bulan.
Maklumat tersebut turut mendedahkan pembangunan untuk Galaxy S26 dan Galaxy S26 Ultra telahpun selesai, namun untuk Galaxy S26+ ia masih lagi dalam fasa pembangunan.