Close

DJI Neo 2 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM899

DJI Neo 2 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, merupakan model kemas kini kepada model sebelumnya iaitu DJI Neo. Hadir dengan beberapa penambahbaikan pada kemampuan kamera, sokongan sensor yang lebih baik dan storan dalaman lebih besar.

DJI Neo 2 hanya seberat hanya sekitar 151 gram dan boleh dilancar atau mendarat pada tapak tangan sahaja. Hadir dengan sensor kamera CMOS 1/12 inci 12MP dengan apertur f/2.2 yang mampu memberi hasil rakaman yang lebih baik dan lebih jelas. Neo 2 boleh dikawal sejauh 7 km dengan ketinggian mencapai 2000 meter dan mampu bertahan selama 19 minit.

Dari segi rakaman video, ia menyokong rakaman pada resolusi 4K 60fps, slow-mo 4K 100fps dan video menegak dengan resolusi 2.7K, yang distabilkan dengan gimbal dua paksi. DJI Neo 2 kini dilengkapi dengan sokongan Omnidirectional Obstacle Sensing dan sensor LiDAR pada bahagian depan, mmbolehkan Neo 2 mengelak halangan dari pelbagai arah.

Untuk kawalan, Neo 2 kini hadir dengan paparan terbina, butang khas untuk pelepasan dan butang suis untuk mod. Terdapat juga beberapa ciri pintar dimuatkan seperti Gesture ControlReturn to PalmSelfieShotDolly ZoomMasterShots dan Cycling Follow. Storan dalaman Neo 2 turut dipertingkat kini menyokong storan dalaman 49GB berbanding 22GB pada model sebelumnya.

Di Malaysia, DJI Neo dijual pada harga RM899 untuk dron sahaja dan RM2299 untuk Motion Fly More Combo yang didatangkan dengan pelbagai aksesori lain.

ARTIKEL BERKAITAN