WhatsApp bakal memperkenalkan ciri ‘Username’ atau nama pengguna bermula tahun depan.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna berinteraksi atau berhubung tanpa perlu menggunakan nombor telefon. Sekali gus, menjadikan komunikasi lebih selamat dan lebih privasi. Menurut maklumat, ciri username adalah pilihan, bermaksud pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan nombor telefon.
Untuk persediaan ciri ini, Meta akan memperkenalkan Business-Scoped User ID (BSUID), pengecam unik yang membolehkan pengguna menghantar mesej kepada pengguna tanpa perlu menggunakan nombor telefon. Walaupun BSUID lebih memfokuskan kepada perniagaan, namun ia akan turut digunakan pada pengguna biasa.
WhatsApp telahpun menguji ciri username pada tahun lalu, digunakan sebagai alternatif kepada nombor telefon. Ketibaan ciri ini bukan sahaja mengubah cara pengguna berinteraksi dalam masa yang sama menawarkan keselamatan dan lebih privasi.