Peranti andalan iQOO 15 akan memasuki pasaran tempatan secara rasmi pada Disember ini. Walau bagaimanapun, iQOO tidak mendedahkan tarikh yang spesifik untuk pelancaran peranti tersebut.

iQOO 15 telahpun diperkenalkan lebih awal di China, hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.85-inci menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM LPDD5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dengan 3x zum optik dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 40W tanpa wayar.
Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan menggunakan spesifikasi yang sama seperti pasaran China atau sebaliknya. Maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.