Close

Tim Cook bakal tinggalkan Apple – John Ternus jadi pengganti?

Apple dijangka akan mengumumkan CEO baru selepas Tim Cook dikatakan bakal meninggalkan posisi tersebut seawal tahun depan.

Menurut laporan, Apple dikatakan dalam fasa persiapan dan perancangan bagi memastikan peralihan untuk menggantikan Tim Cook berjalan dengan lancar.

Posisi tersebut dijangka akan disisi oleh John Ternus, merupakan Naib Presiden Kejuruteraan Perkakasan Apple. Mula menyertai Apple pada tahun 2001 dan pernah mengetuai pasukan reka bentuk iPhone, iPad dan juga Mac.

Menurut sumber dalaman, Tim menyukai karakter Ternus yang tenang dan pandai bercakap serta tidak membuat keputusan yang terburu-buru. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad untuk posisi tersebut masih belum dibuat.

Sebagai rekod, Tim Cook telah menerajui Apple lebih dari 14 tahun dan telah berjaya menjadikan syarikat tersebut mencapai nilai $4 trilion.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN