Close

Siri POCO F8 akan diperkenalkan pada 28 November ini

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu POCO mengesahkan peranti terbaru mereka siri POCO F8 akan tiba pada 26 November 2025. Acara pelancaran tersebut akan diadakan di Bali, Indonesia.

Pada acara ini, POCO dijangka akan memperkenalkan dua pilihan model iaitu POCO F8 Pro dan juga F8 Ultra. Model standard iaitu POCO F8 berkemungkinan tidak akan diperkenalkan pada acara yang sama.

POCO F8 Pro dan F8 Ultra dikatakan penjenamaan semula daripada Redmi K90 dan Redmi K90 Pro Max yang diperkenalkan di China. Tidak dapat dipastikan adakah ia akan tiba dengan spesifikasi yang sama atau sebaliknya.

Namun begitu, terdapat kemungkinan POCO F8 Pro dan F8 Ultra akan menggunakan spesifikasi yang namun terdapat perbezaan pada kapasiti bateri. Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN