Close

Disney+ naikkan harga langganan di Malaysia –Berkuat kuasa 18 Disember ini

Disney+ mengumumkan kenaikkan harga langganan untuk pelan mereka di Malaysia yang akan berkuat kuasa pada 18 Disember 2025.

Harga langganan baru untuk pelan Disney+ Basic adalah RM29.90 sebulan dan Disney+ Premium pula berharga RM49.90 sebulan atau RM99.90 untuk tiga bulan. Walau bagaimanapun, harga langganan untuk pelan tahunan tidak berubah iaitu RM214.90 untuk Disney+ Basic dan RM289.90 untuk Disney+ Premium.

Untuk pelan Disney+ Basic, ia menawarkan akses kepada satu skrin penstriman, sokongan sehingga tiga peranti dan resolusi FHD. Sementara, Disney+ Premium pula menawarkan tiga skrin penstriman secara serentak, sokongan sehingga 10 peranti dan resolusi lebih tinggi 4K UHD.

ARTIKEL BERKAITAN