Close

Tecno perkenal teknologi kamera baru – Tawar kemampuan zum yang lebih baik

Di acara Tecno Future Len ke-5, Tecno memperlihatkan dua teknologi kamera baru iaitu ‘Freeform Continuum Telephoto’ dan ‘Dual-Mirror Reflect Telephoto’.

Untuk teknologi Freeform Continuum Telephoto, merupakan modul periskop tunggal yang mampu melakukan zum berterusan dari 1x hingga 9x dengan lancar. Teknologi ini membolehkan satu kamera sahaja digunakan tanpa kamera telefoto berasingan.

Menariknya, masalah perubahan warna secara tiba-tiba semasa pertukaran kamera dapat diselesaikan melalui teknologi ini. Selain itu, kualiti zum yang ditawarkan adalah lebih baik berbanding digital zum dan hasil yang diberikan lebih konsisten.

Bagi teknologi ‘Dual-Mirror Reflect Telephoto’ pula, ia menggunakan saiz modul 50% lebih kecil berbanding modul telefoto tradisional. Teknologi ini menggunakan sistem cermin berganda untuk meningkatkan jarak fokus dengan kemampuan zum setanding DSLR.

Teknologi Freeform Continuum Telephoto masih lagi dalam fasa pembangunan dan memerlukan sedikit masa sebelum ia boleh dimuatkan pada peranti sebenar. Manakala untuk teknologi Dual-Mirror Reflect Telephoto, ia sudah sedia untuk digunakan dan dijangka akan tersedia pada peranti seawal tahun depan.

Tecno dikatakan memilih Samsung dan Largan sebagai rakan pembuatan untuk menghasilkan teknologi kamera baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN