Close

REDMI Note 15 Pro+ 5G – Rekaan premium, ketahanan maksimum

Redmi meneruskan kejayaan peranti siri Note mereka dengan memperkenalkan model baru iaitu REDMI Note 15 Pro+ 5G. Berbeza dengan penawaran sebelum ini, Redmi Note 15 Pro+ 5G kini tampil dengan pakej yang lebih menarik dan lengkap sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan.

Lebih lasak dari biasa

REDMI Note 15 Pro+ 5G tidak hanya hadir dengan rekaan yang menarik tetapi turut menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Bercakap mengenainya, peranti ini dihasilkan dengan binaan REDMI Titan structure, binaan baru yang direka untuk memberikan perlindungan yang menyeluruh untuk bahagian dalaman dan luar peranti.

Untuk struktur dalaman, peranti ini menggunakan high-strength motherboard dan reinforced mid frame, untuk memberikan ketahanan yang lebih baik dan lebih lasak sesuai untuk kegunaan harian. Pada bahagian luaran, peranti ini menggunakan high-strength fiberglass pada panel belakang dengan 10 kali ganda lebih tahan hentakan.

Manakala untuk skrin hadapan, ia dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang mampu bertahan pada ketinggian 2.5 meter. Lebih menarik, peranti ini turut memperolehi pensijilan SGS Premium Performance yang melepasi pelbagai ujian ketahanan seperti jatuhan, tekanan dan lenturan.

Peranti ini turut menyokong perlindungan air dan habuk yang lebih baik dengan empat penarafan iaitu IP66, IP68, IP69 dan IP69K. Tidak hanya lasak secara luaran, dalaman peranti turut menawarkan ketahanan yang baik dari segi prestasi. Menjanjikan kestabilan prestasi 4 hingga 6 tahun yang memberikan pengalaman penggunaan yang konsisten.

Xiaomi turut menawarkan kemas kini yang lebih panjang dengan 4 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan. Bukan itu sahaja, REDMI Note 15 Pro+ didatangkan dengan jaminan menarik seperti jaminan kerosakan 2 tahun dan jaminan bateri 4 tahun.

Kamera yang dipertingkat

Tidak hanya hadir dengan ketahanan yang lebih lasak, REDMI Note 15 Pro+ 5G turut dimuatkan dengan tetapan kamera yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Peranti ini dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.

Kamera utama peranti ini menggunakan sensor 200MP generasi baru yang membantu meningkatkan tahap kejelasan dan perincian imej. Selain itu, sensor ini turut di bantu dengan AI Engine baru untuk memberikan hasil imej yang baik pada pelbagai keadaan.

Sensor utama ini turut menyokong kemampuan zum yang lebih baik dengan perincian, warna dan tona yang lebih konsisten. Peranti ini mampu merakam video pada resolusi 4K 30fps dan menyokong pelbagai ciri AI seperti AI Beautify, AI Imaging Enhancement, AI Erase Pro dan lain-lain.

Bateri lebih besar

REDMI Note 15 Pro+ 5G turut menerima peningkatan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding sebelumnya. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 22.5W pengecasan berbalik berwayar. Sebagai perbandingan, model sebelum ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 5110mAh sahaja.

REDMI menggunakan teknologi bateri silikon karbon generasi baru yang membolehkan kapasiti bateri yang lebih tinggi dimuatkan dalam masa yang sama dapat mengekalkan rekaan bateri yang kompak. Dari segi pengecasan, peranti ini mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam masa sekitar 40 minit.

Bagi menjaga kesihatan bateri, peranti ini dilengkapi dengan Xiaomi Surge membantu untuk mengekalkan kesihatan bateri pada 80% biarpun selepas 1600 kitaran pengecasan.

Spesifikasi memikat

REDMI turut membawakan spesifikasi yang cukup menarik pada peranti ini yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4. Cip ini dihasilkan dengan teknologi binaan 4nm dari TSMC yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Menggunakan skrin CrystalRes AMOLED bersaiz 6.83-inci yang menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision dan juga kecerahan puncak 3200 nits.

Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi sekitar 7% pada CPU dan GPU berbanding generasi sebelumnya. Apa yang boleh dikatakan, cip ini mampu memberikan pengalaman penggunaan yang cukup baik setanding dengan peranti andalan.

Peranti ini turut dimuatkan dengan pelbagai ciri AI yang membantu meningkatkan lagi produktiviti pengguna. Antara ciri AI yang ditawarkan seperti Gemini, AI Notes, Circle to Google Search, AI Interpreter, AI Writing, AI Subtitles dan banyak lagi.

Harga jualan dan promosi menarik

Di Malaysia, REDMI Note 15 Pro+ 5G dijual pada harga bermula RM1399 (8GB + 256GB), RM1599 (8GB + 512GB), RM1699 (12GB + 256GB) dan RM1899 (12GB+ 512GB).


Bagi yang berminat, REDMI Note 15 Pro+ 5G boleh dipra-tempah bermula 16 hingga 21 Januari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM748 iaitu REDMI Pad SE 8.7” dan kerangka pelindung. Selain itu, Xiaomi turut menawarkan promosi menarik naik taraf percuma dari storan 256GB ke 512GB yang bernilai RM200.

ARTIKEL BERKAITAN