Fon lipat pertama dari Apple iaitu iPhone Fold mungkin akan diperkenalkan secara rasmi pada 2026.
Menurut laporan, iPhone Fold berkemungkinan akan tiba pada 2026 namun penghantarannya hanya akan bermula pada 2027. Laporan tersebut mendedahkan, kelewatan penghantaran disebabkan oleh penghasilan yang rendah memberi kesan kepada pengeluaran besar-besaran.

Walau bagaimanapun, Apple dikatakan masih berada dilandasan yang betul untuk memperkenalkan iPhone Fold pada 2026. Untuk spesifikasi, iPhone Fold dijangka hadir dengan skrin luar bersaiz 5.8-inci dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci.
Peranti ini mungkin akan dijual pada harga yang tinggi iaitu sekitar $2400 (RM9784). Sekiranya, laporan ini, ia menandakan yang Apple telah bersedia untuk memasuki segmen peranti boleh lipat.