Close

Samsung Galaxy Z Flip8 mungkin guna cip Exynos 2600

Samsung Galaxy Z Flip8 mungkin akan dilengkapi dengan cip terbaru dari Samsung iaitu Exynos 2600.

Menurut maklumat, cip Exynos 2600 akan dimuatkan pada fon lipat generasi seterusnya iaitu Galaxy Z Flip8, dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan tahun depan. Sekiranya laporan ini tepat, Samsung nampaknya menggunakan pendekatan yang sama seperti Galaxy Z Flip7 yang merupakan fon lipat pertama dari Samsung yang menggunakan cip Exynos secara global.

Cip Exynos 2600 dibina menggunakan teknologi Samsung Foundry 2nm GAA (Gate-All-Around) dan menggunakan konfigurasi 10 teras dengan seni bina Arm v9.3. Menurut Samsung, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 39% dengan kecekapan tenaga lebih baik berbanding cip Exynos 2500.

Dimuatkan dengan GPU Xclipse 960 yang menjanjikan peningkatan prestasi ray tracing sehingga 50% serta prestasi pengkomputeran dua kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelumnnya. Cip ini turut menyokong teknologi Heat Path Block (HPB) yang direka untuk menyalurkan haba dengan lebih cekap.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN