OnePlus memperkenalkan model baru iaitu OnePlus Turbo dengan dua pilihan model Turbo 6 dan Turbo 6V. Kedua-dua peranti ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar 9000mAh namun kekal dengan rekaan yang nipis 8.5mm dan juga ringan 215 gram.

Untuk OnePlus Turbo 6, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K yang menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Monokrom dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 9000mAh yang menyokong pengecasan 80W SuperVOOC. Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti pengimbas cap jari optik, penarafan IP66, IP68, IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan WiFi 7.

Manakala untuk OnePlus Turbo 6V, turu hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K yang menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip yang lebih rendah iaitu Snapdragon 7s Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Turut menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Monokrom dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 9000mAh yang menyokong pengecasan 80W SuperVOOC. Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti pengimbas cap jari optik, penarafan IP66, IP68, IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan WiFi 6.
Di China, OnePlus Turbo 6 djual pada harga bermula sekitar CNY2300 (RM1341) manakala Turbo 6V pula dijual pada harga bermula sekitar CNY1900 (RM1107). Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan ditawarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.