Close

Samsung Galaxy S26 Ultra akan sokong pengecasan 60W

Samsung akan menggunakan teknologi pengecasan yang lebih pantas untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Galaxy S26 Ultra.

Menurut laporan, Samsung akan menggunakan pengecasan pantas berwayar 60W pada Galaxy S26 Ultra. Lebih menariknya, dengan teknologi pengecasan ini ia mampu mengecas peranti dari 0% ke 75% hanya dalam masa 30 minit sahaja.

Sekiranya laporan ini tepat, ia bakal menjadi peningkatan yang menarik dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pengguna Samsung. Sebagai perbandingan, Galaxy S25 Ultra hanya menyokong pengecasan pantas 45W agak ketinggalan jika dibandingkan dengan peranti andalan lain di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN