YouTube memperkenalkan beberapa ciri dan penambahbaikan baru bagi memastikan pengalaman menonton yang lebih baik dan lebih selamat untuk pengguna remaja atau kanak-kanak.

Melalui ciri ini, ibu bapa mempunyai kawalan yang lebih baik. Antara ciri yang diperkenalkan adalah ibu bapa kini boleh menetapkan had masa tontonan Shorts. Selain itu, ibu bapa juga boleh menetapkan peringatan waktu tidur (Bedtime) dan juga rehat (take a break).
Selain itu, YouTube turut memperkenalkan garis panduan kandungan berkualiti untuk remaja bagi memastikan cadangan video lebih bermanfaat dan mendidik. YouTube menyatakan yang mereka komited untuk memastikan platform mereka kekal sebagai ruang yang selamat, positif dan memberi inspirasi untuk generasi akan datang.