Peranti HONOR yang seterusnya iaitu Magic8 Pro Air akan dilengkapi dengan kapasiti bateri 5500mAh.

Perkara tersebut dikongsi oleh HONOR platform Weibo. Buat yang tidak mengetahui, Magic8 Pro Air memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan juga ringan namun masih mampu menawarkan kapasiti bateri yang besar.

Magic8 Pro Air turut hadir dengan rekaan yang nipis dengan 6.1mm dan ringan dengan 155 gram sahaja. Rekaan yang nipis dan ringan tidak menghalang HONOR untuk memuatkan kapasiti bateri yang besar 5500mAh, angka yang luar biasa untuk fon dengan ketebalan 6.1mm.

Menurut HONOR, Magic8 Pro Air menggunakan teknologi bateri dengan ketumpatan tenaga 917/WhL, paling tinggi pernah digunakan pada fon andalan ketika ini. Selain itu, peranti ini dikatakan menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar.