Close

Infinix Note Edge diperkenalkan – Cip Dimensity 7100, bateri 6500mAh dan berat 185 gram

Infinix Note Edge secara rasmi diperkenalkan, merupakan peranti kelas pertengahan hadir dengan rekaan yang nipis juga ringan.

Infinix Note Edge hanya setebal 7.2mm dan berat sekitar 185 gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 4500 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 7100 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan kamera utama 50MP dengan sensor bersaiz 1/2 inci dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 45W, mampu mengecas dari 1% ke 100% dalam masa 62 minit.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IP65, IR Blaster, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi XOS 16 berasaskan Android 16. Infinix menjanjikan kemas kini 3 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN