Close

realme P4 Power akan dilengkapi dengan bateri 10,001mAh

realme secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu realme P4 Power pada 29 Januari ini di India. Menarik mengenai peranti ini, ia bakal hadir dengan bateri sebesar 10,001mAh.

Dengan kapasiti bateri 10,001mAh, realme P4 Power bakal menjadikan peranti dengan kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya. Selain hadir dengan bateri yang besar, peranti ini akan turut menggunakan rekaan baru yang dinamakan ‘TransView’.

TransView adalah rekaan dua tona dengan gabungan kemasan jenis kesat dan kemasan jenis separa lut sinar. Kemasan ini menjadikan peranti nampak lebih unik dan juga moden.

Dari segi spesifikasi, realme P4 Power akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan 144Hz dan dimuatkan dengan tetapan tiga kamera belakang. Peranti ini akan tiba dengan tiga pilihan warna iaitu TransBlue, TransOrange dan TranSilver.

ARTIKEL BERKAITAN