Close

Samsung Galaxy S26 Ultra akan tiba dengan empat pilihan warna

Samsung Galaxy S26 Ultra dijangka akan membuat kemunculan pada acara Samsung Galaxy Unpacked yang dijadualkan sekitar Febuari ini.

Menjelang acara tersebut, terdapat laporan mendedahkan Galaxy S26 Ultra akan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu black shadow, white shadow, glaciar blue dan ultra violet. Warna ultra violet dikatakan akan menjadi warna pilihan untuk tahun ini.

Selain itu, laporan tersebut turut mendedahkan barisan peranti untuk siri Galaxy S6. Hanya tiga model sahaja yang akan diperkenalkan iaitu Galaxy S26, Galaxy S6+ dan Galaxy S6 Ultra. Tiada model ‘Edge’ atau ‘Pro’ selepas terdapat laporan menyatakan yang Samsung membatalkan pembangunan bagi model tersebut.

Galaxy S26 Ultra berkemungkinan akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Siri Galaxy S26 dijangka akan diperkenalkan pada 25 Februari di San Francisco.

ARTIKEL BERKAITAN