Close

HUAWEI MatePad 11.5″ Standard Edition kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1299

Tablet terbaru dari HUAWEI iaitu MatePad 11.5″ Standard Edition secara rasmi tiba ke pasaran tempatan. Hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik untuk produktiviti pengguna.

HUAWEI MatePad 11.5″ Standard Edition hadir dengan skrin bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2.5K yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Tiada maklumat mengenai cip yang dikongsi, namun jika merujuk kepada pasaran China model ini menggunakan cip Kirin T82B.

Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Tablet ini dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP yang cukup untuk kegunaan hariaan seperti panggilan video atau imbasan dokumen.

Kedua-duanya tablet ini menjalankan HarmonyOS 5.1 dengan pelbagai ciri berasaskan AI termasuk sistem AI Health Learning 2 yang direka untuk menyokong pembelajaran dan penggunaan harian dengan lebih pintar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti Wi-Fi 6Bluetooth 5.2 dan empat pembesar suara untuk pengalaman audio yang lebih imersif.

Untuk pasaran Malaysia, MatePad 11.5″ Standard Edition dijual pada harga RM1299. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1305 iaitu HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3), HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI FreeBuds SE 3 dan PC-level WPS Office 3.0.

ARTIKEL BERKAITAN