Siri iPhone 18 Pro dilaporkan telah memasuki fasa test production atau pengeluaran ujian.

Dalam fasa ini, Apple akan melakukan proses pemasangan sebenar dengan menggunakan peralatan rasmi untuk pengeluaran. Perkara tersebut dilakukan bagi mengelakkan sebarang isu teknikal sebelum model tersebut memasuki pengeluaran berskala besar.
Fasa tersebut boleh dikatakan sangat penting sebelum pelancaran rasmi yang dijangka sekitar September 2026. Siri iPhone 18 Pro tidak membawakan perubahan ketara dari segi rekaan, hampir sama seperti iPhone 17 Pro. Namun begitu, iPhone 18 Pro dikatakan hadir dengan Dynamic Island yang lebih kecil.
Siri iPhone 18 dijangka akan memfokuskan kepada peningkatan prestasi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.