Close

MacBook Air M5 turut diperkenalkan dengan harga bermula RM4699

Apple turut memperkenalkan Macbook Air generasi baru dengan cip yang lebih berkuasa dan sokongan sotran yang lebih besar.

MacBook Air hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 13-inci dan juga 15-inci. Dikuasakan dengan cip M5 hadir dengan CPU 10 teras bersama dengan GPU 10 teras yang dilengkapi dengan Neural Accelerator pada setiap teras.

Cip ini menawarkan peningkatan prestasi AI 4 kali ganda lebih pantas dan 9.5 kali ganda lebih laju berbanding MacBook Air M1. Sekali gus, membolehkan ia melakukan pelbagai tugasan dengan lancar serta model AI boleh dijalankan secara terus dari peranti.

Menggunakan skrin Liquid Retina dengan kecerahan puncak sehingga 500 nits. Menariknya, MacBook Air kini hadir dengan storan bermula 512GB dan mencapai sehingga 4TB. Turut menggunakan cip Apple N1 untuk sokongan WiFi 7 dan Bluetooh 6.

Menurut Apple, Macbook Air ini mampu bertahan sehingga 18 jam penggunaan.  Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti sokongan kamera 12MP center stage, Apple Intelligence, MagSafe 3, bicu audio 3.5mm, dan 2x Thunderbolt 4 yang menyokong sehingga dua paparan luaran.

Untuk pasaran Malaysia, MacBook Air M5 bersaiz 13-inci dijual pada harga bermula RM4699 dan MacBook Air M5 bersaiz 15-inci pula dijual pada harga bermula RM5499.

ARTIKEL BERKAITAN