Apple secara rasmi mengumumkan MacBook Neo, merupakan MacBook mampu milik yang memfokuskan kepada tugasan ringan dan sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencuba ekosistem Apple.

MacBook Neo hadir dengan skrin Liquid Retina bersaiz 13-inci dengan kecerahan puncak sehingga 500 nits. Komputer riba ini menggunakan binaan aluminium tahan lasak dengan berat sekitar 1.22 kg sahaja.

Dikuasakan dengan cip A18 Pro iaitu cip yang sama digunakan pada iPhone 16 Pro. Hadir dengan konfigurasi memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Menurut Apple, cip ini 50% lebih pantas untuk tugasan harian dan 3 tiga kali ganda lebih laju untuk tugasan AI.

Selain itu, Apple turut menawarkan MacBook Neo dengan sokongan Touch ID. Dari segi sambungan, ia hadir dengan 2x USB-C,1x bicu audio 3.5mm, WiFi 6e dan juga Bluetooh 6. Spesifikasi lain, kamera 1080p, dua mikrofon terbina, dua pembesar suara terbina dan menjalankan sistem operasi macOS Tahoe.

Untuk ketahanan bateri, Apple menyatakan MacBook Neo mampu bertahan sehingga 16 jam penggunaan yang sesuai untuk kerja dan juga hiburan sepanjang hari.
Di Malaysia, MacBook Neo dijual pada harga RM2499 untuk 256GB dan RM2899 untuk 512GB dengan sokongan Touch ID.