Close

Antara muka WhatsApp Plus tertiris – Tiba dengan pelbagai ciri tambahan menarik

WhatsApp dilaporkan bakal memperkenalkan pelan langganan berbayar untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Menurut laporan, pelan langganan berbayar tersebut akan dikenali sebagai WhatsApp Plus dan hadir dengan pelbagai ciri tambahan untuk menjadikan ia lebih berbaloi dan menarik.

Antara ciri tambahan yang akan dimuatkan pada WhatsApp Plus adalah seperti pilihan tema, warna dalam aplikasi, nada dering dan pelekat eksklusif. Bukan itu sahaja, pengguna WhatsApp Plus boleh melakukan pin sehingga 20 mesej berbanding 3 untuk pengguna percuma.

Pengguna WhatsApp Plus turut boleh menukar atau mengubah ikon aplikasi. Terdapat 15 pilihan ikon yang tersedia dalam pelbagai pilihan warna. Selain itu, lebih banyak ciri baru akan diperkenalkan selepas perkhidmatan tersebut diperkenalkan.

Walau bagaimanapun, fungsi asas aplikasi dikatakan masih ditawarkan secara percuma. Malangnya, tiada maklumat lanjut mengenai WhatsApp Plus yang dikongsi buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN