Shopee melalui laman rasmi mereka telah berkongsi tarikh akhir penghantaran barang untuk diterima oleh pengguna sebelum Hari Raya.

Shopee telah menetapkan tarikh akhir atau cut-off date untuk pengeposan barangan pada 13 hingga 17 Mac 2026 untuk kawasan Semenanjung (WM). Manakala, 11 hingga 13 Mac 2026 untuk Sabah dan Sarawak (EM). Walau bagaimanapun, tarikh tersebut berbeza mengikut kepada perkhidmatan kurier.
Pesanan yang dibuat selepas dari tarikh tersebut akan dihantar kepada pengguna selepas Hari Raya. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan merancang pembelian lebih awal sekaligus membolehkan barangan diterima sebelum Hari Raya.