Close

Sony umum PSSR versi baru untuk PS5 Pro – Lebih stabil dan lebih konsisten

Sony mengumumkan kemas kini baru untuk perisian Play Station 5 (PS5), melaluinya ia hadir dengan kemas kini PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) versi baru yang telah dipertingkatkan.

Menurut Sony, PSSR versi baru ini menjanjikan kestabilan imej yang lebih baik, perincian visual yang lebih jelas serta prestasi yang lebih konsisten pada permainan yang menyokong teknologi tersebut khususnya untuk PS5 Pro.

PSSR versi baru ini hadir dengan algoritma dan neural network yang telah ditambah baik, menyelesaikan masalah visual kurang stabil ketika adegan bergerak berbanding PSSR generasi sebelumnya.

Buat yang tidak mengetahui, PSSR ialah teknologi berasaskan AI yang dibangunkan oleh Sony untuk menaik taraf visual permainan (upscaling). Secara ringkas, ia berfungsi dengan menganalisis setiap bingkai permainan sebelum membina semula imej pada resolusi lebih tinggi.

Sony turut berkongsi senarai permainan yang menyokong PSSR versi baru iaitu Resident Evil Requiem, Silent Hill 2, Silent Hill f, Dragon Age: The Veilguard, Control, Alan Wake 2, Senua’s Saga: Hellblade II, Final Fantasy VII Rebirth, Nioh 3, Rise of the Ronin, Monster Hunter Wilds dan Dragon’s Dogma 2.

ARTIKEL BERKAITAN