OPPO mengesahkan model paling premium iaitu Find X9 Ultra akan tiba pada April ini.
Menariknya, peranti ini tidak hanya tiba ke pasaran China sahaja tetapi akan turut diperkenalkan secara serentak ke pasaran global. Sebelum ini, model ini hanya tersedia secara eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Walau bagaimanapun, OPPO tidak mendedahkan tarikh tepat bagi pelancaran peranti tersebut. Seperti namanya, model ini akan memfokuskan kemampuan kamera yang lebih baik dan bakal menjadi antara fon paling ditunggu tahun ini.

Selain model Find X9 Ultra, OPPO akan turut memperkenalkan satu lagi model iaitu Find X9s Pro. Dalam perkongsian rasmi OPPO, Find X9 Ultra akan hadir dengan butang kamera khas dengan aksen berwarna jingga. Rekaan ini memberikan gambaran Find X9 Ultra adalah peranti andalan yang benar-benar memfokuskan kepada pengalaman fotografi mudah alih.
Find X9 Ultra berkemungkinan hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, kamere periskop 200MP, bateri 7050mAh dan menyokong pengecasan 100W.