Close

Redmi Note 15 SE diperkenalkan – Cip Snadragon 6 Gen 3, kamera 50MP dan bateri 5800mAh

Redmi Note 15 SE secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran India. Merupakan model edisi terhad dan ditawarkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik.

Redmi Note 15 SE hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehinggan 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Depth Sensor dan swafoto 20MP. Sebagai perbandingan, untuk pasaran global ia menggunakan kamera utama 108MP bukan 50MP. Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster, penarafan IP55/IP66, pensijilan MIL-STD-810H dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 16.

Di India, Redmi Note 15 SE dijual pada harga bermula sekitar INR19,999 (RM867) untuk 6GB + 128GB dan mencapai sehingga INR22,999 (RM997) untuk 8GB + 256GB. Tersedia dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Crimson Reserve, Carbon Black dan Frosted White.

ARTIKEL BERKAITAN