Close

Samsung mula uji sokongan AirDrop untuk model lama Galaxy S

Model lama siri Galaxy S bakal menyokong perkongsian fail dengan peranti Apple melalui AirDrop tidak lama lagi.

Menurut laporan, ciri ini telahpun diuji dan akan tersedia pada model lama siri Galaxy S. Antara model yang akan menyokong ciri ini adalah siri Galaxy S22, siri Galaxy S23, siri Galaxy S24 dan siri Galaxy S25.

Ketika ini, ciri tersebut hanya tersedian untuk siri Galaxy S26 sahaja dan boleh diakses melalui tetapan Quick Share dengan memilih “Share with Apple devices”.

Perkongsian fail antara Android dan iPhone kini lebih mudah dengan kemampuan rentas platform melalui Quick Share untuk Android dan AirDrop untuk peranti Apple. Ciri rentas platform ini membolehkan pengguna memindahkan fail antara kedua-dua platform secara terus tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN