Ciri yang ditunggu oleh kebanyakkan pengguna akhir tiba pada aplikasi Instagram, ciri yang membolehkan pengguna menyunting komen selepas ia dihantar.
editing Instagram comments is here 🗣️ now you can make changes within 15 minutes of posting.
— Instagram (@instagram) April 9, 2026
Sebelum ini, pengguna terpaksa memadam komen dan menulis semula jika terdapat kesalahan ayat. Namun begitu, dengan ciri baru pengguna kini boleh menyunting komen yang telah dihantar.

Walau bagaimanapun, pengguna hanya mempunyai tempoh 15 minit sahaja untuk menyunting pada komen yang telah dihantar. Selepas tempoh tersebut, pengguna tidak lagi boleh menyunting komen. Selain itu, ciri ini hanya terhad kepada teks sahaja.
Instagram tidak meletakkan sebarang had untuk jumlah suntingan, bermaksud pengguna bebas untuk menyunting komen beberapa kali dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 15 minit.
Komen yang telah disunting akan memaparkan label “Edited” dan tiada paparan sejarah suntingan yang diperlihatkan. Bermaksud, pengguna tidak boleh melihat versi asal komen sebelum ia disunting.