Close

EU wajibkan komputer riba guna pengecasan USB-C

Kesatuan Eropah atau European Union (EU) kini mewajibkan komputer riba baru yang dijual menyokong pengecasan USB-C.

Perlaksanaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ‘common charger‘ yang telah diperkenalkan pada Disember 2024, bertujuan untuk memudahkan pengguna dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kesatuan Eropah sebelum ini telahpun memberikan tempoh peralihan tambahan 16 bulan kepada pengeluar komputer riba untuk perlaksanaan ini.

Kini, semua komputer riba baru yang ditawarkan di eropah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya satu port pengecasan USB-C. Perlaksanaan atau peraturan ini terpakai untuk peranti dengan keperluan kuasa 100W dan ke bawah.

Walau bagaimanapun, terdapat kelonggaran bagi komputer riba yang memfokuskan kepada permainan masih boleh menggunakan ‘barrel plug’, namun perlu menyediakan pengecasan USB-C sebagai alternatif.

Dengan pelaksanaan ini, USB-C boleh dikatakan telah menjadi satu standard piawaian untuk pengecasan dan pemindahan data, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai jenis kabel.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN