Close

OnePlus dan realme dilaporkan bergabung

OnePlus dan realme dikatakan sedang melalui perubahan besar apabila kedua-dua jenama tersebut

akan digabungkan di bawah satu struktur baru.

Menurut laporan, kedua-dua syarikat iaitu OnePlus dan realme akan beroperasi di bawah satu struktur baru yang dikenali sebagai “sub-series product center”. Langkah tersebut dikatakan sebagai usaha untuk menyelaraskan operasi global dan meningkatkan kecekapan dalaman.

Perubahan ini dijangka akan membawa kesan besar pada kedua-dua jenama dengan perbezaan antara OnePlus dan realme akan mengecil, bukan sahaja berkongsi teknologi tetapi turut berkongsi pasukan yang sama dalam pembangunan dan pemasaran produk.

Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada laporan terperinci yang dikongsi mengenai penggabungan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN