Close

Google dan Samsung memperlihatkan cermin mata pintar dengan Android XR 

Pada acara Google I/O 2026, Samsung dan Google secara rasmi memperlihatkan cermin mata pintar Android XR pertama mereka.

Cermin mata pintar ini dibangunkan dengan kerjasama Gentle Monster dan Warby Parker dengan kedua-duanya tampil dengan rekaan yang berbeza. Menurut Samsung dan Google, cermin mata pintar ini menjalankan sistem operasi Android XR dan membolehkan pengguna mengakses pembantu maya Gemini secara terus dengan arahan suara.

Dengan kamera terbina, ia membolehkan arahan navigasi masa nyata diberikan berdasarkan kepada apa yang dilihat oleh pemakai. Kamera tersebut turut membolehkan pengguna mengambil gambar dan merakam video.

Selain itu, peranti ini turut menyokong beberapa fungsi produktiviti seperti membuat pesanan, melihat ringkasan mesej dan pelbagai fungsi lain tanpa perlu menggunakan fon. Peranti ini turut menyokong terjemahan masa nyata yang boleh digunakan untuk menterjemah teks dan papan tanda secara terus dengan bantuan AI.

Buat masa ini, Samsung dan Google tidak mendedahkan spesisifikasi penuh mengenai peranti ini. Namun begitu, peranti ini dijangka akan tiba pada penghujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN