Meta dikatakan telah memberhentikan 8000 pekerja di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula syarikat.

Menurut laporan, pekerja Meta di Singapura mula menerima e-mel penamatan kerja sekitar jam 4 pagi waktu tempatan. Pengurangan tenaga kerja ini turut terkesan di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Pengurangan tenaga kerja ini lebih terarah kepada bahagian kejuruteraan dan pembangunan produk.
Menariknya, dua hari sebelum itu Meta dikatakan telah memindahkan sekitar 7000 pekerja ke pasukan baru yang memfokuskan kepada pembangunan AI merangkumi produk dan ejen AI. Sehingga Mac 2026, Meta mempunyai hampir 80,000 pekerja di seluruh dunia sebelum proses penstrukturan dan pemberhentian dilakukan.
Meta juga sebelum ini dilaporkan menggalakkan jurutera menggunakan AI bagi tujuan pengekodan dan tugasan selain membangunkan pelbagai sistem automasi dalaman berasaskan AI. Namun begitu, langkah tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja dan pelabur.
Berikutan itu, beberapa pekerja dikatakan kecewa dengan tekanan kerja serta ancaman pemberhentian, manakala pelabur pula mula mempersoalkan sama ada pelaburan besar syarikat dalam AI benar-benar akan memberikan pulangan yang setimpal atau sebaliknya.