Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkankan penangguhan sementara semua urusan tukar hak milik kenderaan menerusi saluran urus niaga dalam talian yang berkuat kuasa 25 Mei 2026. Penangguhan ini melibatkan portal awam, kiosk serta rakan niaga JPJ termasuk MyEG dan eAuto Sdn Bhd.

Perlaksanaan ini dibuat sebagai tindakan kawalan segera susulan menerima beberapa aduan rasmi serta media sosial berkaitan pertukaran hak milik kenderaan yang dikatakan berlaku tanpa pengetahuan pemilik berdaftar. JPJ memandang serius terhadap isu atau masalah ini kerana ia melibatkan aspek keselamatan dan integriti rekod pendaftaran kenderaan dalam sistem jabatan.

Berikutan itu, semua urusan tukar hak milik bagi kategori persendirian individu dan persendirian syarikat perlu dilaksanakan di kaunter pejabat JPJ bermula tarikh tersebut.
Untuk kategori persendirian individu, proses penukaran dapat dilakukan pada hari yang sama di pejabat JPJ negeri serta cawangan. Manakala, utnuk penukaran oleh syarikat swasta pula, proses pengesahan dan kelulusan mengambil 5–7 hari bekerja selepas dokumen lengkap telah diterima.