Close

HONOR Win Turbo diperkenalkan – Cip Dimensity 8500 dengan bateri 10,000mAh

HONOR secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu HONOR Win Turbo yang memfokuskan kepada ketahanan bateri dengan spesifikasi yang berkuasa.

HONOR Win Turbo hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.79-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong HDR 10+, paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 8000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8500 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1.

Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan bateri sebesar 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan pengecasan berbalik 27W berwayar. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 5MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Kamera belakang peranti ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K.

Untuk spesifikasi lain, peranti ini menyokong pengimbas cap jari bawah skrin, WiFi 7, Bluetooth 6.0, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi MagicUI 10 yang berasaskan Android 16. Di China, HONOR Win Turbo ini dijual pada harga bermula sekitar CNY3299 (RM1934).

ARTIKEL BERKAITAN