Close

realme P4 Power 5G kini rasmi di Malaysia – Bateri 10,001mAh dengan harga RM1999

realme P4 Power 5G tiba secara rasmi ke pasaran tempatan merupakan peranti terawal di Malaysia hadir dengan kapasiti bateri sebesar 10,001mAh.

realme P4 Power dimuatkan dengan kapasiti bateri 10,001mAh yang menggunakan teknologi anod-silikon karbon generasi baru. Menyokong pengecasan Ultra Charge 80W serta pengecasan berbalik berwayar 27W boleh digunakan sebagai bank kuasa. Walaupun hadir dengan kapasiti bateri yang besar, peranti ini hanya setebal 9.08mm dengan berat sekitar 219 gram sahaja.

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini hadir dengan skrin HyperGlow 4D Curve AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 6500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 Ultra 5G. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP.

Selain itu, peranti ini turut menyokong penarafan IP66/IP68/IP69, ArmorShell Protection, pembesar suara dengan UltraBoom 400% dan menjalankan sistem operasi realme UI 7.0.Untuk pasaran Malaysia, realme P4 Power 5G dijual pada harga RM1999. Namun begitu, sempena ketibaannya, peranti ini ditawarkan pada harga RM1599 melalui promosi Superbrand Day dari 3 sehingga 5 Jun 2026.

ARTIKEL BERKAITAN