Selain realme P4 Power 5G, realme turut mengumumkan dua lagi peranti baru di bawah siri “P4” iaitu realme P4x dan realme P4 Lite.

Kedua-dua model ini turut memfokuskan kepada ketahanan bateri dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding model utama. Untuk realme P4 Lite, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan resolusi HD+ dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang dipadankan dengan 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 64GB eMMC 5.1.

Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 15W dan juga ciri Bypass Charging. Menggunakan kamera utama 8MP dengan kamera swafoto 5MP. Peranti ini turut menawarkan ketahanan yang lebih baik dengan gred tentera MIL-STD-810H yang mampu menahan kejatuhan sehingga 2 meter. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong penarafan IP64, pengimbas cap jari, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi Android 16.

Untuk realme P4x, ia hadir dengan skrin LCD 6.8-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang dipadankan dengan 8GB LPDDR4X dan storan dalaman 256GB eMMC 5.1. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan 45W dan juga ciri Bypass Charging.

Menggunakan kamera utama yang lebih besar iaitu 50MP dengan kamera swafoto 5MP. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong penarafan IP64, pengimbas cap jari, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi Android 16.
Di Malaysia, realme P4x dijual pada tanda harga RM999 manakala realme P4 Lite pula dijual pada harga RM699. Bersempena dengan ketibaannya, peranti ini ditawarkan pada harga promosi iaitu RM679 untuk realme P4x dan RM449 untuk realme P4 Lite.