Close

Telegram tawar semula sokongan untuk watchOS

Telegram kini kembali menawarkan sokongan untuk Apple Watch selepas memperkenalkan aplikasi khusus bagi platform watchOS sepenuhnya. Sebelum ini, Telegram untuk Apple Watch pernah ditawarkan namun dihentikan sokongan beberapa tahun lalu.

Aplikasi khusus ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai fungsi Telegram secara terus dari Apple Watch tanpa perlu bergantung kepada iPhone. Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah sokongan menghantar dan menerima mesej teks, mesej suara, berkongsi GIF, menghantar pelekat, berkongsi lokasi dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut membolehkan pengguna mengakses semua perbualan dan senarai kenalan yang telah diselaraskan daripada akaun Telegram.

Untuk mula menggunakan aplikasi tersebut, pengguna hanya perlu memasang aplikasi melalui App Store pada Apple Watch kemudian mengimbas kod QR pada aplikasi Telegram di iPhone seperti melakukan log masuk pada komputer atau web.

ARTIKEL BERKAITAN