Fungsi yang dinanti-nanti oleh kebanyakan pengguna akhirnya tiba, Instagram kini menyokong fungsi ‘Reorder Grid’ yang membolehkan pengguna menyusun semula kedudukan semula hantaran pada profil.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh megubah susunan gambar dan video dalam grid profil tanpa menjejaskan tarikh asal perkongsian atau hantaran dibuat. Memberikan lebih kebebasan untuk mencipta susun atur yang lebih menarik dalam masa yang sama menyerlahkan kandungan penting atau kandungan terbaik.
Pencipta kandungan, artis dan jenama yang menggunakan Instagram sebagai portfolio atau platform promosi dijangka menerima kelebihan terbesar dari fungsi ini. Bagi pengguna biasa, fungsi ini memudahkan proses menyusun semula profil tanpa perlu memadam atau memuat naik semula kandungan lama.
Untuk menggunakan fungsi ini, buka profil kemudian, tekan lama-lama pada hantaran yang ingin diubah dan pilih Reorder Grid. Menurut Instagram, perubahan tersebut akan disimpan serta-merta dan dapat dilihat oleh semua pelawat profil.
Kemas kini ini telahpun dilepaskan secara global dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.