Jam tangan pintar premium Samsung seterusnya Galaxy Watch Ultra 2 dijangka hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Menurut maklumat, Samsung Galaxy Watch Ultra 2 bakal dilengkapi dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 784mAh dengan kapasiti tipikal 800mAh. Peningkatan sekitar 35% berbanding generasi sebelumnya yang dimuatkan dengan bateri 590mAh. Galaxy Watch Ultra 2 berkemungkinan mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali pengecasan hasil gabungan bateri yang lebih besar dan cip pemprosesan baru.
Selain itu, Galaxy Watch 9 dengan saiz 40mm dijangka turut menerima peningkatan bateri iaitu 382mAh dengan kapasiti tipikal 400mAh iaitu 25% berbanding Galaxy Watch 8 40mm dengan bateri 325mAh.
Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy Watch 9, Galaxy Watch 9 Classic dan Galaxy Watch Ultra 2 bersama dengan siri Samsung Galaxy Z Flip8 dan Samsung Galaxy Z Fold8 pada penghujung bulan hadapan.