Samsung melalui platform media sosial rasmi mereka berkongsi ‘teaser’ awal mengenai fon lipat mereka yang seterusnya berkemungkinan adalah Galaxy Z Fold8
Terdapat enam video yang dikongsi oleh Samsung, sekali gus memberikan gambaran awal mengenai rekaan baru peranti tersebut. Berdasarkan dari video yang dikongsi, memfokuskan kepada rekaan skrin yang lebih lebar dengan penggunaan ayat “A New Shape” dan “A Bold Stroke”.

Galaxy Z Fold8 dijangka hadir dengan nisbah skrin yang lebih lebar berbanding model terdahulu. Perubahan ini dijangka memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik, sama ada ketika menaip, melayari web mahupun menggunakan aplikasi dalam mod skrin luar.
Walaupun rekaan sebenar masih lagi dirahsiakan, namun penggunaan imej yang memfokuskan kepada bentuk yang lebih luas dilihat selari dengan pelbagai imej tertiris sejak beberapa bulan lalu.
Jika merujuk kepada beberapa laporan sebelum ini, Galaxy Z Fold8 dijangka akan diperkenalkan pada 22 Julai 2026.
Selain Galaxy Z Fold8, Samsung berkemungkinan akan turut mengumumkan Galaxy Z Fold8 Ultra serta Galaxy Z Flip8.