Close

Pasport dengan sah laku 10 tahun kini boleh dipohon

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baru dengan tempoh sah laku 10 tahun kini boleh dibuat di Pejabat Imigresen.

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut hanya boleh dilakukan melalui walk in sahaja. Berbeza dengan PMA versi baru dengan tempoh sah laku 5 tahun ia boleh dibuat secara dalam talian melalui MyOnline Pasport. Dari segi bayaran, untuk tempoh sah laku sehingga 10 tahun bayaran  dikenakan adalah RM350 bagi 18 hingga 59 tahunSelain itu, tempoh sah laku 10 tahun tidak tersedia untuk pemohon 18 tahun ke bawah.

Manakala untuk golongan berumur 60 tahun dan ke atas bayaran yang dikenankan adalah RM175. Untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) 18 tahun dan ke atas yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya serta pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia layak mendapat pasport secara percuma.

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baru dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan berbanding versi sebelum yang hanya dilengkapi dengan 49 ciri keselamatan. Antara penambahbaikan yang dibawakan seperti penggunaan hologram yang dipertingkatkan, cetakan ultraungu (UV), elemen visual tersembunyi serta beberapa ciri forensik khas yang menjadikannya lebih sukar dipalsukan.

Pelaksanaan PMA struktur baru akan diperluaskan secara berperingkat ke 71 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara bermula 1 Julai 2026.

ARTIKEL BERKAITAN