Close

Xbox menguji ciri ‘Disc-to-Digital’ – Tukar permainan fizikal ke digital

Microsoft dilaporkan sedang menguji satu ciri baru yang dipanggil sebagai ‘Disc-to-Digital’, membolehkan pemilik konsol Xbox menukar koleksi permainan dari versi fizikal kepada versi digital.

Menurut laporan, ciri tersebut telah diuji secara dalaman dan berpotensi menjadi salah satu ciri penting pada konsol Xbox generasi akan datang. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna dikatakan hanya perlu memasang cakera fizikal permainan pada konsol kemudian melakukan log masuk akaun Microsoft.

Lesen digital akan diberikan selepas pengesahan seterusnya memboleh permainan diakses seperti permainan yang dibeli secara digital. Menariknya, permainan tersebut turut boleh diakses atau dimainkan pada konsol mudah alih, PC atau distrim menggunakan perkhidmatan awanan.

Langkah ini membolehkan Microsoft mengekalkan konsep pemilikan cakera fizikal dalam masa sama menawarkan kemudahan permainan versi digital. Laporan ini muncul selepas Sony mengumumkan tiada lagi cakera fizikal untuk PlayStation bermula Januari 2028.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN