Close

Samsung Galaxy S27 Pro dijangka hadir dengan dua pilihan cip

Samsung Galaxy S27 Pro dijangka hadir dengan dua pilihan cip iaitu Exynos dan Snapdragon. Walau bagaimanapun, pilihan cip tersebut akan mengikut kepada pasaran tertentu.

Menurut laporan, Galaxy S27 Pro akan dikuasakan dengan cip Exynos 2700 dikebanyakan pasaran global, manakala untuk cip Snapdragon ia hanya ditawarkan di pasaran tertentu seperti Amerika Utara dan berkemungkinan China.

Laporan sama turut mendedahkan, Galaxy S27 dan Galaxy S27+ juga akan menggunakan cip Exynos 2700 di kebanyakan. Berbeza dengan model paling premium Galaxy S27 Ultra ia dilaporkan hadir dengan satu pilihan cip sahaja iaitu Snapdragon Elite di semua pasaran.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Samsung belum lagi mengesahkan sebarang maklumat mengenai siri Galaxy S27 atau cip Exynos 2700. Sekiranya laporan ini tepat, pengguna di Malaysia berkemungkinan besar akan menerima Galaxy S27, Galaxy S27+, dan Galaxy S27 Pro dengan cip Exynos 2700.

ARTIKEL BERKAITAN