OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti mereka ke pasaran tempatan. Hadir dengan tiga pilihan iaitu Reno16, Reno16 Pro dan Reno16 F.

Reno16 Pro, merupakan model paling premium dari sini ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.32-inci yang menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8550 Super yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Menggunakan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Kamera ini turut menawarkan kemampuan zum optik 3.5x dan 120x zum digital. Dimuatkan dengan bateri 6700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar.

Untuk Reno16, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Turut menggunakan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Dan model terakhir adalah Reno15 F, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7300 Energy yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.
Selain itu, ketiga-tiga peranti ini menyokong penarafan IP66/IP68/IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan ColorOS 16 yang berasaskan kepada Android 16.




Di Malaysia, siri OPPO Reno16 dijual pada harga bermula RM1899 untuk Reno16F, RM2699 untuk OPPO Reno16 dan RM3699 untuk Reno16 Pro. Manakala untuk OPPO Bubble dijual pada harga RM349.