Close

Nothing Phone (4b) diumumkan – Cip Snapdragon 6 Gen 4 dengan lampu Glyph

Nothing Phone (4b) kini menjadi peranti terbaru yang diperkenalkan oleh Nothing. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dengan harga yang lebih mampu milik.

Nothing Phone (4b) dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Kamera utama ini menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5200mAh yang menyokong pengecasan 33W. Untuk versi India, model ini dimuatkan dengan bateri lebih besar iaitu 6000mAh.

Seperti pada Phone (4a), model ini turut hadir dengan sistem Glyph Bar dengan empat LED berwarna putih dan satu LED berwarna merah. Untuk spesifikasi lain, Phone (4b) menyokong penarafan IP64, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, butang Essential dan menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 yang berasaskan Android 16. Nothing menjanjikan kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Nothing Phone (4b) ditawarkan dalam warna Blue, White, Black dan edisi terhad RCB Red. Di India peranti ini dijual pada harga bermula sekitar ₹34,999 (RM1702). Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN