Close

Perkhidmatan kad debit CIMB tak boleh diakses pada 18 Julai 2026

CIMB memaklumkan, perkhidmatan sistem MyDebit CIMB tidak boleh diakses buat sementara waktu pada 18 Julai 2026.

Menurut CIMB, gangguan sementara ini disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang akan dilakukan pada 18 Julai (Sabtu), bermula jam 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi. Sepanjang tempoh tersebut, segala urusan pembelian menggunakan kad debit CIMB sama ada transaksi bersemuka di premis perniagaan mahupun pembelian dalam talian akan terjejas buat sementara waktu.

Tujuan penyelenggaraan ini untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Seiring dengan itu, CIMB menyarankan pengguna untuk merancang pembayaran atau perbelanjaan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN