Close

Nintendo mungkin perkenal Switch 2 versi OLED

Nintendo dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan Switch 2 dengan skrin OLED.

Menurut maklumat, Nintendo mungkin akan menawarkan Switch 2 versi OLED dengan resolusi FHD untuk memberi pengalaman permainan yang lebih baik. Pembangunan Switch 2 OLED masih lagi dalam fasa awal dan sekiranya projek ini dteruskan pengeluaran besar-besaran akan dibuat pada penghujung 2027 atau awal 2028.

Berbeza dengan Switch OLED generasi pertama yang hadir dengan resolusi HD (1280 × 720), Switch 2 OLED akan menggunakan resolusi yang lebih tinggi iaitu FHD (1920 × 1080). Peningkatan ini menawarkan imej yang lebih tajam dan pengalaman visual yang lebih memuaskan ketika bermain dalam mod mudah alih.

Maklumat tersebut turut mendedahkan, Samsung Display berpotensi untuk menjadi pembekal panel OLED untuk Nintendo, seperti mana pada generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, keputusan untuk melancarkan Switch 2 OLED masih belum dimuktamadkan. Antara faktor utama yang sedang dipertimbangkan ialah kos pengeluaran yang lebih tinggi berbanding model LCD.

Sebagai rujukan, untuk pasaran tempatan Switch 2 dijual pada harga RM2488 untuk konsol sahaja dan RM2688 pula untuk konsol dan juga permainan Mario Kart World Bundle. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN