Apple mungkin akan memperkenalkan iPad mini dengan skrin OLED pada tahun ini.
Menurut laporan, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad mini dengan skrin OLED pada tahun ini. Jika laporan ini tepat, peranti tersebut berkemungkinan tiba sebelum penghujung Oktober, sekaligus menjadikan ia iPad mini pertama hadir dengan skrin OLED.

Dengan menggunakan skrin OLED, ia memberikan pengalaman skrin yang lebih jelas dan pengalaman yang lebih baik. Walau bagaimanapun, iPad mini OLED tidak akan menyokong paparan ProMotion sebaliknya hanya menyokong paparan 60Hz sahaja. Selain itu, harga jualan untuk iPad mini OLED dijangka lebih tinggi berbanding model sebelumnya.
Apple akan turut mengemas kini iPad baru dengan cip yang lebih berkuasa iaitu Apple A18 atau A19 yang akan dipadankan dengan RAM sehingga 8GB untuk membolehkan ia menjalankan ciri Apple Intelligence. Selain iPad, Apple turut dikatakan sedang membangunkan Apple Pencil generasi baru yang dijangka diperkenalkan pada 2027.